Bonsai N Stone Academy

newflash1
Ambassador of BCI

Bebuas Pulau ( Premna Microphylla)

KEISTIMEWAAN BEBUAS PULAU (PREMNA MICROPHYLLA)

Oleh : HJ. ABD. HALIM B. HJ. SALLEH - Malaysia

Pada masa kini, bebuas pulau merupakan spesis yang paling popular untuk dibuat bonsai. Sebagai bintang baru, ianya menjadi sebutan dikalangan penggemar bonsai di Malaysia mahupun di Negara luar.

Spesis bebuas ini dikatakan terdiri dari lebih 200 spesis yang terdapat di seluruh dunia. Bebuas yang paling baik untuk dibuat bonsai adalah dari spesis bebuas pulau (premna microphylla) dan bebuas daratan (premna serratifolia).

Pengalaman saya membuat bonsai dari spesis ini (premna microphylla) bermula pada tahun 90an lagi. Bahan-bahan ini saya perolehi daripada pembekal di Terengganu yang terdiri daripada nelayan sambilan.

Di Malaysia, bebuas pulau pada dasarnya memiliki material/karektor yang sangat unik terutama pada jin atau shari yang sedia ada. Bentuk-bentuknya yang pelbagai rupa seperti windswept, bunjin dan sebagainya. Keterampilan bebuas pulau yang sedia ada ini sudah cukup untuk membentuk bonsai dari bahan tersebut . Karektor pada jin atau shari tersebut terdapat tekstur /urat dan aliran yang mati begitu asli dan amat sukar ditiru oleh manusia.

Bebuas pulau ini mempunyai pengalaman hidup di pulau yang begitu sengsara/sukar (survival). Hidup dan mati silih berganti implikasi kemarau dan hujan silih berganti, cuaca, malah faktor tiupan angin/ombak dan akibat dari hakisan fizikal seperti bintang buas dan sebaigainya mempercepatkan kewujudan jin atau shari.
Puncak canopy (psilara – istilah ilmu perhutanan) mesti wujud dengan menarik. Lain-lain canopy pada pendahanan mestilah wujud apabila kita melihat pokok tersebut dan terdapat alunan (apex). Jika tiada aspek-aspek ini pokok yang dibentuk hanyalah sebagai “pokok landscape” sahaja, bukannya bonsai. Ingat, bonsai adalah sepohon pokok yang dibentuk / di jaga (trim) dan ditanam pada media / wadah yang paling munasabah / sesuai. Jika dibiarkan / tidak di jaga / sentuh maka ianya bukan sepohon bonsai.
Setelah memperolehi bahan di atas, kita mesti menetapkan patent/design yang diinginkan, ianya perlu mengikut gerak dasar pokok tersebut. Pendahanan dan rating tersebut mesti diliukkan/dibengkokkan sesuai dengan material asal supaya ianya tidak kontra. Jika dahan yang dikehendaki sudah kasar/besar, dahan tersebut perlu dipotong. Ambil ranting baru dan bentukkan semula berulang kali sehingga selesai. Pembentukkan dahan dan ranting dan pembesarannya perlu “balance” dengan saiz pokok induk. Pembentukkan dahan diperingkat awal seboleh-bolehnya tidak melindungi jin/shari yang utama.
Perlu diingat setiap rekayasa yang kita design mesti unik dan memukau penglihatan kawan dan lawan. Kekuatan dan kualiti ini mesti ada pada setiap pemain.
Selain daripada kesihatan pokok , keseimbagan fizik, keharmonian , karektor pokok yang lebih tegas, pokok juga kelihatan lebih tua, keindahan artistik, gaya tanaman mesti menarik dan pasu yang sesuai mencerminkan lebih dekat dengan alami (Nature’s Own) .
Pokok bebuas ini lebih sesuai dicantumkan dengan baka import dari Taiwan kerana daunnya kecil diperingkat matang. Batang bebuas daripada pokok asal yang muda (hampir matang) dibalut dengan loytape hitam pada pangkal cantuman yang dipotong “V”. Kemudian daripada mata tunas ke hujung dibalut dengan nescofilm yang diimport dari Jepun/Taiwan. Kelebihan menggunakan nescofilm ialah tunas yang baru tumbuh dapat menembusinya dan tertanggal dengan sendiri. Apabila baka yang dikahwinkan matang @ cantuman sebati bolehlah buangkan loytape tadi, kalau tidak tunas cantuman akan patah/tercekik oleh balutan loytape (geting).
Pokok bebuas pulau ini memang senang di jaga tetapi mudah diserang penyakit seperti dihinggapi kutu putih dan serangan kulat. Sesuai disembur dengan ubat serangga kutu hama dan racun kulat. Sembur berterusan dua kali seminggu sehingga penyakit hilang. Tanah perlulah ditukar lapan bulan hingga setahun sekali supaya akar tidak penuh, pasu tidak pecah dan menghindari penyakit dari akar.
Tanah yang sesuai digunakan ialah tanah gunung berapi yang bersifat drainage yang baik iaitu air berlebihan dibuang dengan sempurna , boleh juga dicampurkan sedikit tanah bakar yang bersih atau dengan pasir sungai. Tanah gunung berapi bersifat earasi yang baik, berpori dan pengudaraan yang baik untuk membolehkan bakteria mycorrhizae hidup, diproses dan diserap oleh akar rambut. Ia juga dapat menjaga kelembapan tanah dan menyimpan nutrisi untuk makanan tanaman. Tanah gunung berapi ini tidak mudah hancur dan teksturnyma tidak merosakkan akar rambut semasa penggantian media .
Perlu diingat, penggantian media tanaman seelok-eloknya semasa pokok sihat. Jika pokok sakit atau stress, pertumbuhannya akan terencat dan terjejas. Seboleh ianya perlu dirawat sebelum pertukaran media.
Penyakit yang berpunca daripada akar dimana daunnya layu dan kering tidak seperti biasa (daun kuning kerana “tua”).
Pokok bermasalah seperti di atas mesti dicabut daripada pasu. Bersihkan akar yang berbau busuk, berwarna kelabu / hitam pada akar, termasuk tanahnya sekali dengan semburan air sehingga bersih. Akhir sekali, di sembur dengan “Ridomil” (racun kulat) pada pangkal pokok / akar untuk membunuh kuman/kulat/virus.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas proses “repot”
Pokok diletak ditempat teduh / green house dan perlu disiram seperti biasa atau sesekali “spray” dengan air pada keseluruhan pokok. Selepas tiga minggu, pokok tersebut boleh diletakkan sedikit baja (slow release fertilizer) tanpa NPK atau baja kacang soya keping / bulat yang di import dari Taiwan.
Jika pokok yang di “repot” masih tidak berubah keadaannya atau daunnya masih lagi kekuninggan dan layu ianya memang bermasalah. Kemungkinan kerana air yang berlebihan / bertakung atau masih terdapat “virus” lama sebagai perumah (bersarang). Lava-lava masih lagi terdapat pada sarangnya dan masih menyerang pokok tersebut. Pokok tersebut perlulah dicabut semula dan dibersihkan keseluruhannya dalam dan luar. Disembur dengan “Ridomil” pada keseluruhan pokok terutama pada tempat yang berlubang (sarang perumah).
Apabila pokok sudah stabil, penggunaan baja dan racun mesti dilakukan secara berkala mengikut sukatan yang betul. Pada pendapat saya, penggunaan baja humus / organik secara “slow release” lagi baik berbanding penggunaan baja kimia. Walaubagaimanapun, penggunaan baja ini bergantung kepada kehendak dan kesesuaian individu.
Pemilik bonsai mesti tahu jika pokok bebuas miliknya berlaku perubahan, contohnya daun yang kering, bererti kekurangan kalsium atau diserang kutu / hama. Jika lambat membesar kemungkinan kurang kalsium atau phosphorus atau perlu ditukar media baru dengan campuran tanah yang betul.
Apabila daun kekuningan tetapi urat daun masih hijau, bererti kekurangan magnesium. Sebaliknya jika daun hijau dan kuning di hujung daun, bererti kekurangan zat hara kaliam.
Akhir kata, jika mahu melihat bonsai Malaysia maju dan berharap ramai memasuki persatuan, kita hendaklah berinteraksi secara positif. Secara tidak langsung boleh mendapat ramai sahabat baik di dalam dan luar Negara serta menambah jaringan (networking) tanpa sempadan dengan lebih efektif dan dinamik.
‘Selamat Berkarya’
 

Coming World Bonsai Event

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday Visitor134
mod_vvisit_counterTotal Visitor410362

,

Eliossive Solar Lighting

You are here: Home Article Bebuas Pulau ( Premna Microphylla)

Contact Us

You are welcome to contact us for more information about Bonsai N Stone Academy.

  • Add: No.4-3, Jalan 30/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Mobile Phone Number: +6019­3372539 I S NG
  • Tel No: +603 2858 7388
  • Email: isng1818@gmail.com
  • Website: www.bonsaistone.com.my

Thank you for visit our Website!